Ahad, Disember 18, 2011

18 Disember 2011


2011 sudah berada di penghujung tahun
Anak-anak juga semakin membesar dan sungguh cerdik dalam satu-satu hal.
Kakak tahun depan 4 tahun dan adik 2 tahun
sungguh cepat masa berlalu
rasa seperti baru semalam melahirkan mereka...

Merekalah anugerah terindah dalam hidup ini...
menceriakan kami suami isteri dan menggembirakan hati kami setiap hari...
Kakak masih tetap di tadika little caliph
kerana saya cukup berpuas hati dgn jagaan dan didikan yang diberikan
kanak-kanak seusia dia sudah pandai baca doa qunut, attahiyat, ayat kursi dll
sudah kira sangat-sangat bagus berbanding saya zaman kecil2 dulu
agaknya 6 7 tahun baru pandai

Manakala Yahya pula still dengan pengasuh
bila usianya menginjak ke 3 tahun akan saya hantar ke tadika yang sama
Yahya pula dah jadi kesayangan pengasuh
krn pengasuh tiada anak lelaki
syukur kerana mendapat pengasuh yang jaga seperti anak sendiri.

Tahun ini byk kenangan suka duka yang dihadapi
kenangan, pengalaman suka duka semuanya mematangkan lagi diri kita
supaya dapat menjadi hambanya yang lebih baik
dari masa ke semasa...
semoga kedatangan 2012 tidak lama lagi...membawa banyak kejayaan yang lebih bermakna dalam kehidupan kami sekeluarga....insyaAllah...aamiiin.