Isnin, April 23, 2012

Hening pagi...

Hening pagi ini...
mengingatkan kita pada kebesaran Tuhan...
Mencetus kepada muhasabah diri...
agar sentiasa bersyukur pada Mu ya Allah...
bersyukur atas segala2nya...
anugerah suami yang penyayang
anugerah anak2 yang cute, comel lote dan menghiburkan hati...
anugerah kerja yang memberi rezeki yang halal...

p/s: harap2 2 3 hr ini tiada gangguan kerja extra....blh buat keje hakiki ku dgn aman...
harap2 juga semasa berada di KL 28-29hb ni jalan tak jem wpun khabarnya ada bersih 3.0...

Rabu, April 18, 2012

Busy

Salam diari sepi ku...
Sekadar bersihkan sawang...

bulan ni sangat sibuk dan agak mencabar minda dan phyiscal ku...
Banyak benda yang perlu disettle...
dan juga terpaksa menghadiri 2 bengkel yang mmg memenatkan tubuh dan otak

Namun Alhamdulillah...ada rezeki APC tahun ni...
bolehlah baiki gelang yang rosak itu...

hujung bulan ni kami akan berkampung di Cameron untuk program hari keluarga
persiapan yang terakhir sedang dibuat...mujur ada AJK yang rajin2 membantu...
jika tidak taktahu lah nak kata apa...
borang penjurian, game, hadiah2 sudah disiapkan...
tunggu petang ni nk bg taklimat je skiit...
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan selamatkan perjalanan kami pergi dan balik...
risau juga berkonvoi beramai2...harap semuanya selamat...
Saya sendiri terpaksa pergi sehari lebih awal...untuk persiapan beberapa perkara yang terpaksa dilakukan di sana...

Selesai Hari keluarga...banyak lagi benda menunggu...
paling besar ialah ICOL...mini landskap ku yang masih dlm progress...5S fasa 2 dan dan dan...

Macam mana nk tambah ahli ni...asyik sibuk manjang...
Ya Allah murahkan lah rezeki ku...

Anak2 mcm biasa...Alhamdulillah tahun ni diorg tak jatuh sakit lagi...harap2....anak2 umi sihat sokmo...membesar bagai johan...