Rabu, Jun 20, 2012

Hati mana yang tak risau...

Jarang saya  coretkan kisah peribadi di blog ini...
selalu duk cerita pasal anak2 dan rutin seharian yang sibuk manjang...

Seminggu dua hati ini risau memanjang...
Walaupun kesibukan yang melampau di pejabat...namun tetap tak dapat menutup kerisauan ini...
risau akan kesihatan suami nan satu... 

Ya Allah kau panjangkanlah usia suamiku...ibu ku...anak2ku dan kami semua...
kerana kami masih belum puas mengecap hidup di dunia ini...
juga ibadah kami masih sedikit utk bekalan di akhirat sana...
berilah kami peluang ya Allah...untuk terus mengecapi nikmat hidup ini...




Ahad, Jun 10, 2012

Sambutan Birthday anak2..kursus dan jalan2...


Alhamdulillah...19 Mei yang lepas kami berkesempatan menyambut majlis ulang tahun kelahiran yahya yang ke-2 dan kakak yg ke-4...dah lama tak buat makan-makan...last sekali semasa raya haji tahun lepas...tapi kami tak ajak ramai pun...cuma jiran2, 4 5 org kwn sekerja, pengasuh ank2 dan adik beradik shj...Alhamdulillah majlis berjalan dgn sungguh meriah...lebih kurang 80-100 juga yg hadir pada hari tersebut...masing2 datang penuh kereta...so jadi ramai juga yang hadir...melebihi jangkaan kami


.
 Birthday bor n girl nak potong kek...sempatlah ambil beberapa keping gambar..tapi sayang gambar kami dgn ank2 takde pulak...sibuk melayan tetamu...


                                  jenuh juga nk pakaikan diorg topi ni...mak ayah yg excited sbnrnya

         Ini gambar yahya dan keluarga pengasuh Yahya...semua ahli keluarganya datang memeriahkan majlis...
 Ini pula makanan yang sempat disediakan oleh tuan rumah...satay (dlm pinggan polkadot tu dh habis licin dikerjakan), steamboat, nasi dagang dan bubur kacang...sbb rancang last minute...mujur mknn ngam ngam dan tak membazir...tp bila dh menjelang petang..mmg risau je takut tak cukup mknn...satay awal2 lg dh habis...
 Seronok yahya hari tu dapat byk hadiah dari si kakak...terlupa plak nk snap gambar hadiah...hehehe...

Last week pula berkesempatan bawa ank2 ke zoo taiping, muzium, taman tasik, makan mee udang di Kuala Sepetang dll...sebenarnya kena menghadiri kursus di nibong tebal...so kira 2 in 1 lah...
                                          Budak yg sungguh excited dpt naik keretapi di Zoo
                                          ini budak sungguh excited dapat main gelongsor...hehe
              Sama juga dgn kakak...nama pun kanak2 kan..so..semua aktiviti mmg menyeronokkan diorg...

          ini pula di banjaran Titiwangsa...on the way balik KB...cuaca pada masa ni sungguh nyaman dan sejuk sekali...mcm di Cameron lah pulak...
                                          Yahya yang berani pegang ular di muzium Taiping
                             Sorry..gambar tidak berturutan....tengah khusyuk tgk Zebra dan Zirafah ni...

Sekejap sungguh masa berlalu...ding dong dh habis cuti sek. 2 minggu....penuh dgn undangan kenduri kawin, kursus dan jalan2, serta kunjungan kwn2 dari KL dan tumpang tidur di rumah kami yg tak seberapa tu...rumah kami dh mcm homestay plak......seronok dpt melayan dan bwk diorg jln2...

hari ni bila masuk keje je....dh berlambak keje nk disiapkan....biasa lah tu...tgh menunggu nk siapkan laporan audit 5S...adoiiii...

Rabu, Mei 16, 2012

Selamat hari Guru...dan Happy birthday to Yahya

Selamat hari guru diucapkan buat semua guru2 di dunia ini....especially buat arwah ayah, buat suami tercinta, kakak2, adik2 ipar yg menjadi guru dan ahli keluarga yang lain...untung nya kalian...pekerjaan kalian sungguh mulia di sisi Ilahi...besar ganjaranya jika benar2 menjadi pendidik yang baik, ikhlas dan bersungguh...memberi ilmu yang bermanfaat adalah satu bentuk amal jariah untuk kita di akhirat kelak...

Hope...kita juga sentiasa ada ilmu yang boleh kita kongsi dan memberi manfaat pada orang lain...tak kira lah ilmu itu berbentuk mcmn...asalkan kita ikhlas dalam memberi dan menyampaikan ilmu tersebut...

Hari ini juga cukup istimewa buat si hensem yahya...Happy birthday to Yahya...hari ini genap umur Yahya 2 tahun...Alhamdulillah syukur  kepada nikmat yang tidak terhingga...moga Yahya membesar menjadi ank yang soleh dan khalifatullah yang berguna dunia dan akhirat....

InsyaAllah cuti hujung minggu ini kami sudah merancang untuk mengadakan majlis hari jadi Yahya...

Opss...org sudah menunggu....hari ini byk tugasan perlu diselesaikan...ya Allah permudahkanlah urusanku...


Isnin, April 23, 2012

Hening pagi...

Hening pagi ini...
mengingatkan kita pada kebesaran Tuhan...
Mencetus kepada muhasabah diri...
agar sentiasa bersyukur pada Mu ya Allah...
bersyukur atas segala2nya...
anugerah suami yang penyayang
anugerah anak2 yang cute, comel lote dan menghiburkan hati...
anugerah kerja yang memberi rezeki yang halal...

p/s: harap2 2 3 hr ini tiada gangguan kerja extra....blh buat keje hakiki ku dgn aman...
harap2 juga semasa berada di KL 28-29hb ni jalan tak jem wpun khabarnya ada bersih 3.0...

Rabu, April 18, 2012

Busy

Salam diari sepi ku...
Sekadar bersihkan sawang...

bulan ni sangat sibuk dan agak mencabar minda dan phyiscal ku...
Banyak benda yang perlu disettle...
dan juga terpaksa menghadiri 2 bengkel yang mmg memenatkan tubuh dan otak

Namun Alhamdulillah...ada rezeki APC tahun ni...
bolehlah baiki gelang yang rosak itu...

hujung bulan ni kami akan berkampung di Cameron untuk program hari keluarga
persiapan yang terakhir sedang dibuat...mujur ada AJK yang rajin2 membantu...
jika tidak taktahu lah nak kata apa...
borang penjurian, game, hadiah2 sudah disiapkan...
tunggu petang ni nk bg taklimat je skiit...
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan selamatkan perjalanan kami pergi dan balik...
risau juga berkonvoi beramai2...harap semuanya selamat...
Saya sendiri terpaksa pergi sehari lebih awal...untuk persiapan beberapa perkara yang terpaksa dilakukan di sana...

Selesai Hari keluarga...banyak lagi benda menunggu...
paling besar ialah ICOL...mini landskap ku yang masih dlm progress...5S fasa 2 dan dan dan...

Macam mana nk tambah ahli ni...asyik sibuk manjang...
Ya Allah murahkan lah rezeki ku...

Anak2 mcm biasa...Alhamdulillah tahun ni diorg tak jatuh sakit lagi...harap2....anak2 umi sihat sokmo...membesar bagai johan...

Khamis, Mac 29, 2012

Bicara hati yang sepi...



Aku mengamati semua sahabat,
Dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah,

Aku memikirkan tentang semua pakaian,
Tapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada TAQWA,

Aku merenungkan segala jenis amal baik,
Namun tidak dapat yang lebih baik daripada memberi nasihat,

Aku mencari segala bentuk rezeki,
Tapi tidak menemukan segala rezeki yang lebih baik daripada SABAR

(di petik dari kata-kata khalifah Umar)

p/s: sungguh benar sekali kata-kata di atas...love the people who treat you right and forget about the one who don't. And believe that everything happens for a reason...pasrah dan berserahlah kepada Allah semata-mata...

Isnin, Mac 26, 2012

Perbaiki diri

Sebagai manusia...
kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan
Oleh itu...muhasabah diri perlu dilakukan sepanjang masa
supaya kita terhasil menjadi manusia yang sentiasa baik akhlaknya, lebih memberi dari menerima dan ikhlas dalam setiap perbuatan...

tetapi....dalam usaha kita memperbaiki diri...
kita pasti tidak terlepas dari diuji...
secara kita sedar atau tidak....
dan secara sengaja atau tidak...
begitu lah yang akan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita...
sebagai pengajaran hidup dan menambah pengalaman hidup
agar diri kita lebih matang, lebih sabar dan lebih baik...

Beberapa minggu yang lepas...
berlaku kejadian yang juga menguji kesabaran hati saya
Saya cuba menegur seorg Dr. yang selalu parking di kwsn parking kami...
perbuatan dr tersebut sering menimbulkan kemarahan staf2 di pej saya

Jika saya tahu awal2 dia seorg yang tidak boleh ditegur...saya biarkan shj dia menceroboh parking kami...drp saya menjadi sakit hati dengan mendgr ayat2 beliau...

Itulah...It is a thousand times better to have common sense without education than to have education without common sense"

Geram pun geram...tp itulah realiti manusia zaman skrg...berpendidikan tinggi...tp takde komensen...

harap2 kita bukan tergolong dalam kategori manusia yg ego, bermegah dengan pangkatnya, dan suka mempertikaikan hak orang lain...

Sepatutnya kita menjadi manusia yag sentiasa bersyukur...bersyukur setiap saat dan detik walaupun nikmat datang sekali sekala...bersyukur juga saat kita diuji...kerana mungkin dengan ujian itu menjadikan kita lebih sabar, lebih matang dan bersedia dengan sebarang cabaran hidup.