Isnin, Ogos 08, 2011

Catatan Ramadhan 1

Hari ini hari ke 8 kita berpuasa...
Alhamdulillah di atas nikmat Ramadhan yang Allah berikan
memang terasa kelainan pada bulan yang mulia ini
Terasa sedikit ketenangan pada setiap hari yang ku lalui
di bulan yang penuh barakah ini...

Ramadhan kali ini
kami sambut dengan penuh kesederhanaan
kalau boleh tidak mahu lagi membazir seperti tahun2 yang sebelum ini
bab baju anak2 dan baju abahnya rasanya kena beli yang dah siap sbb dah lewat sangat nak hantar ke tukang jahit

Ramadhan kali ini
aku nekad untuk berterawih seperti sebelum2nya
bertadarus semampu yang boleh
dapat 10 juzu' pun rasanya dah ok sangat
kalau dapat lebih lagi lah bagus
dengan ank dua-dua yg tersangatlah aktif
ku mohon pada Mu ya Allah
berilah kemudahan dan kelapangan untuk kami beribadat padaMu

Semalam peristiwa mendebarkan berlaku
sengaja ku catatkan di sini
untuk rujukan di masa2 hadapan
Kak Salsa dan Yahya duk bergurau
tetiba terhantuk kepala
menyebabkan Yahya berdarah hidung, mata dan terus muntah2
Ya Allah dalam hati Tuhan sahaja lah yang tahu
cepat2 kami solat maghrib secara bergilir
dan terus berkejar ke klinik berhampiran
mujur doktor mengesahkan Yahya tak apa2...
kesan darah masih ada lg dalam mata

hai kakak...suka sgt bergurau dengan adik...
nangis lah kakak kena marah dengan walid dia semalam
lepas keluar dr klinik kami menuju ke masjid...
Yahya dah ketiduran masa tu...
so senanglah saya solat sampai selesai 8 rakaat
tanpa gangguan sedikit pun...
Agaknya kesan ubat yang diberi yahya tidur sampai ke pagi...
bagi can kami bersahur tanpa gangguan, siap boleh lipat kain, kemas rumah,
gosok baju lagi...
kalau selalunya dia duk bergantung je kat kaki
setiap kali kita bersiap nak pergi kerja
Yahya Yahya...
Jangan nakal-nakal lagi ye nak...

Menjaga dan mendidik anak2 memang amanah yang cukup mencabar...
Berilah kesabaran kepada kami golongan ibu-ibu dalam menjaga dan mendidik anak2 kami Wahai Tuhan yang maha penyayang!

3 ulasan:

Irfa berkata...

salam kak Bie..
saya balik klate ari sabtu 27ogos.
duk kg sampai 3 sep..then balik perak pulak..

Irfa berkata...

YaAllah..
mujur tak ape2 kak.
bahaya sungguh la..kdg2 budak2 ni bergurau tak tahu bahaya ke tak

Biarlah rahsia berkata...

Thanks irfa singgah sini...
Lama juga irfa cuti...mari laa jalan2 kat rumah...hehe

a'a budak2 ni bergurau tak tahu bahaya ke tak...tahu seronok je...